• Blog
    • Artikel
    • Aktiviti
    • Seminar dan Kursus
  • Pembekal
  • Keahlian
    • Permohonan Baru
    • Manfaat
    • Senarai Ahli
    • Jenis Keahlian
    • FAQ
  • Pautan Berguna
  • Hubungi Kami
Persatuan Pengusaha Dobi Melayu Persatuan Pengusaha Dobi Melayu Persatuan Pengusaha Dobi Melayu Persatuan Pengusaha Dobi Melayu
  • Blog
    • Artikel
    • Aktiviti
    • Seminar dan Kursus
  • Pembekal
  • Keahlian
    • Permohonan Baru
    • Manfaat
    • Senarai Ahli
    • Jenis Keahlian
    • FAQ
  • Pautan Berguna
  • Hubungi Kami

Kenyataan Media 21 Ogos 2019

Aug 22, 2019 | Posted by Haron | Artikel, Kenyataan Media | 0 comments |

 

KENYATAAN MEDIA

PERSATUAN-PERSATUAN DOBI CADANG KEMENTERIAN MENARIK SEMULA DASAR
LARANGAN DAN PEMBEKUAN PENGAMBILAN PEKERJA ASING DI SEKTOR
PERKHIDMATAN DAN PENDOBIAN

 

Kuala Lumpur, 21 Ogos 2019 – Dua persatuan yang mewakili pengusaha-pengusaha perkhidmatan dobi iaitu Persatuan Dobi Selangor & Kuala Lumpur (SEKLLAAS) serta Persatuan Pengusaha Dobi Melayu (MULA) hari ini mencadangkan supaya Kerajaan meneliti semula secara komprehensif dasar yang tidak membenarkan penggajian pekerja asing dalam sektor perkhidmatan terutama dalam industri dobi.

Kedua-dua persatuan ini juga mencadangkan supaya Pihak Kerajaan mengadakan sesi suamuka secara aktif dengan pihak persatuan dan pemain industri. Sesi sedemikian sangat penting supaya maklumat yang tepat terutama sumbangan industri dobi terhadap ekonomi, produktiviti dan cukai kepada pihak Kerajaan dapat disalurkan secara terus. Dengan mengambil kira kebergantungan semasa sektor ini kepada pekerja asing, kesan daripada dasar ini akan menyebabkan perniagaan perkhidmatan dobi yang berskala kecil dan besar berisiko untuk menutup perniagaan selain meningkatkan kadar Pekerja Asing Tanpa Izin (PATI) yang bekerja secara tidak sah.

Industri dobi adalah keperluan dan satu komponen perkhidmatan sokongan yang utama kepada beberapa sektor penting B2B dan B2C seperti perhotelan, pelancongan, hospital, penerbangan, perkilangan, perkapalan, pengangkutan, pendidikan dan banyak lagi termasuk kontrak-kontrak perkhidmatan dobi di agensi-agensi Kerajaan. Sekiranya industri dobi tidak dapat beroperasi secara mampan, ia akan memberi impak yang negatif dan akan melumpuhkan keseluruhan ekosistem perniagaan yang berkaitan. Adalah dianggarkan pengusaha dobi di Lembah Klang memproses melebihi 1000 tan linen sehari di mana pekerja tempatan tidak berminat untuk melakukan kerja mencuci, melipat dan menggosok.

Oleh yang demikian, kami berharap supaya Kementerian yang bertanggungjawab iaitu Kementerian Sumber Manusia (KSM), Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dapat mengambil kira input dan cadangan daripada kedua-dua persatuan ini dan menyenaraikan industri dobi sebagai salah satu industri kritikal yang sangat memerlukan khidmat tenaga kerja buruh asing dan seterusnya menarik balik larangan pengambilan pekerja asing di sektor perkhidmatan dobi.

Tamat.

Beritahu Kawan-kawan
0 Comments
1
Share

About Haron

This author hasn't written their bio yet.
Haron has contributed 4 entries to our website, so far. View entries by Haron.

Leave a Reply

Your email is safe with us.
Cancel Reply

Contact Us

We're currently offline. Send us an email and we'll get back to you, asap.

Send Message
Ambil bahagian, sumbangkan idea dan dapatkan ilmu Sertai Sekarang

© 2025 · mula.my

  • Blog
    • Artikel
    • Aktiviti
    • Seminar dan Kursus
  • Pembekal
  • Keahlian
    • Permohonan Baru
    • Manfaat
    • Senarai Ahli
    • Jenis Keahlian
    • FAQ
  • Pautan Berguna
  • Hubungi Kami
Prev