• Blog
    • Artikel
    • Aktiviti
    • Seminar dan Kursus
  • Pembekal
  • Keahlian
    • Permohonan Baru
    • Manfaat
    • Senarai Ahli
    • Jenis Keahlian
    • FAQ
  • Pautan Berguna
  • Hubungi Kami
Persatuan Pengusaha Dobi Melayu Persatuan Pengusaha Dobi Melayu Persatuan Pengusaha Dobi Melayu Persatuan Pengusaha Dobi Melayu
  • Blog
    • Artikel
    • Aktiviti
    • Seminar dan Kursus
  • Pembekal
  • Keahlian
    • Permohonan Baru
    • Manfaat
    • Senarai Ahli
    • Jenis Keahlian
    • FAQ
  • Pautan Berguna
  • Hubungi Kami

Perjumpaan bersama wakil KL-Selangor Laundry Association

Aug 12, 2018 | Posted by Nik Mohd Hazwan Bin Nik Kamaruddin | Aktiviti, Aktiviti AJK | 0 comments |

Mesyuarat Bersama MULA dengan The Kuala Lumpur & Selangor Laundry Association (LAUNDRYASSO) telah diadakan pada 9 Ogos 2018 di DPulze Mall, Cyberjaya. Perjumpaan ini dihadiri oleh Pengerusi dan wakil ahli jawatankuasa dari kedua-dua persatuan.

The Kuala Lumpur & Selangor Laundry Association (LAUNDRYASSO) ditubuhkan pada tahun 1927 (91 tahun) kini dianggotai seramai 200 ahli dan mempunyai 15 ahli jawatankuasa. Fokus persatuan ini ialah menawarkan satu penanda aras dan penyelesaian permasalahan dobi kepada ahli-ahlinya. Juga, sebagai satu platform untuk ahli mengetahui standard dan peraturan, pertukaran maklumat dan mengetahui maklumat terkini mengenai urusan pendobian.

MULA atau Malay Unified Laundry Association (dahulunya dikenali sebagai Persatuan Pengusaha Dobi Melayu PPDM) sedang melalui proses penjenamaan semula mulai Oktober 2017. Mempunyai seramai 150 orang ahli dari seluruh Malaysia dan mempunyai 6 ahli jawatankuasa.

Sesi diteruskan dengan perkongsian maklumat daripada perniagaan 2 generasi iaitu Multi Wash.com.my oleh Encik Brendan Kok mengenai penggunaan Tunnel Washing System. Sistem ini dapat menjimatkan penggunaan tenaga kerja dan kapasiti dapat ditingkatkan kerana ia dilaksanakan secara automasi.

Encik Freddy Lau dari CleanPro sebagai pemula industri dobi layan diri dan sistem francais dobi layan diri di Malaysia, dan sekarang telah berkembang ke beberapa negara lain di rantau ASEAN. En Bong dari MrClean merupakan seorang pengedar mesin pada tahun 1993 dan menjadi pemilik dobi sendiri pada tahun 1995. Beliau menegaskan pentingnya pengusaha dobi memiliki pengetahuan dan kemahiran menjalankan perniagaan dobi.

Seterusnya, perkongsian daripada Cik Pamela mengenai kelompangan undang-undang dan penguatkuasaan apabila berlaku kerosakan artikel fabrik yang didobi. Ini menyebabkan kedai dobi sering dipersalahkan jika berlaku kerosakan fabrik pelanggan. Mengikut kajian, penyebab utama kerosakan baju adalah 45% oleh pengeluar atau pembuat pakaian, 15% oleh pengusaha dobi, dan baki 40% adalah dari penggunaan pelanggan itu sendiri.

Di dalam mesyuarat ini juga dibincangkan topik mengenai “Cabaran Tenaga Kerja (Labour) dan Harga (Pricing). Pembentangan dari wakil MULA iaitu Puan Norhayati Kamal (Cucci Laundrette) telah menggariskan intipati perbincangan iaitu :

• Kesukaran mendapatkan tenaga kerja warga tempatan yang sanggup dan tahan bekerja dobi, selain prestasi yang umumnya lebih rendah berbanding tenaga kerja bukan warga tempatan.
• Kesegeraan menyuarakan keperluan pengusaha dobi kepada pihak kementerian, supaya pihak kerajaan faham kepentingan tenaga kerja luar untuk industri dobi.
• Kejatuhan harga caj servis dobi yang tidak menentu kerana tiada pantauan menyebabkan ramai pengusaha dobi menggunakan teknik ‘asal ada kerja’.
• Industri lain seperti perhotelan dilihat mengambil kesempatan tahun demi tahun dengan mencari harga servis dobi yang lebih rendah. Timbul keperluan untuk menetapkan harga lantai bagi setiap servis dobi demi menjaga kepentingan sesama ahli.
• Keperluan untuk mengadakan satu suruhanjaya dari kalangan kedua-dua persatuan untuk membincangkan langkah yang perlu diambil, bagi menyampaikan hasrat, harapan dan cerita pihak pengusaha dobi kepada kementerian secara pro-aktif.

Kedua-dua persatuan berharap agar dapat bekerjasama meningkatkan profesionalisma dalam industri dobi dan mengusulkan isu-isu yang dihadapi oleh pengusaha dobi kepada agensi-agensi yang berkaitan.

Mesyuarat ditamatkan dengan sesi bergambar dan jamuan ringan yang ditaja sepenuhnya oleh The Kuala Lumpur & Selangor Laundry Association.

Perjumpaan bersama wakil KL-Selangor Laundry Association2
Perjumpaan bersama wakil KL-Selangor Laundry Association
Perjumpaan bersama wakil KL-Selangor Laundry Association3
Perjumpaan bersama wakil KL-Selangor Laundry Association4
Beritahu Kawan-kawan
0 Comments
1
Share

About Nik Mohd Hazwan Bin Nik Kamaruddin

Nik Hazwan telah berkecimpung dalam industri dobi bermula tahun 2011, setelah tamat pelajarannya di University College London, dan menubuhkan syarikat Washville Enterprise yang kemudiannya bernama Washville Sdn Bhd. Nik Hazwan menubuhkan syarikat Mac 25 Enterprise, yang menyediakan sistem pengurusan dobi Works25. Beliau kemudiannya meninggalkan Washville Sdn Bhd.

Leave a Reply

Your email is safe with us.
Cancel Reply

Contact Us

We're currently offline. Send us an email and we'll get back to you, asap.

Send Message
Ambil bahagian, sumbangkan idea dan dapatkan ilmu Sertai Sekarang

© 2025 · mula.my

  • Blog
    • Artikel
    • Aktiviti
    • Seminar dan Kursus
  • Pembekal
  • Keahlian
    • Permohonan Baru
    • Manfaat
    • Senarai Ahli
    • Jenis Keahlian
    • FAQ
  • Pautan Berguna
  • Hubungi Kami
Prev Next